Jul 12, 2018

Tips Untuk Kulit Berminyak

Anda mempunyai kulit jenis berminyak ?

Jangan risau, ada beberapa #TipsCantik yang anda boleh amalkan untuk mengurangkan masalah ini ! 😉

✅ Elakkan makanan berminyak, fast food dan air gas
"You are what you eat", Makanan tersebut boleh menyebabkan kulit anda lebih berminyak jadi elakkan seboleh mungkin.

✅ Amalkan buah-buahan dan sayuran
Bukan dapat kurangkan masalah kulit berminyak je, dapat bonus menyihatkan dan turunkan berat badan lagi.

✅ Banyakkan minum air kosong dan bersenam
Ini penting untuk membuang toksin dari badan anda. Badan yang lesu, terperap di rumah tanpa berpeluh akan mengumpul toksin berlebihan.

Lagi bagus jika lepas bersenam, anda bersauna sekejap, pori muka anda akan terbuka dan anda boleh mencuci kotoran dan minyak dari dalam.

Mungkin tips ini nampak remeh tetapi hakikatnya jika nak cantik "permanent" anda WAJIB ubah lifestyle anda. Lifestyle anda dan pemakanan anda mencorakkan diri anda bukan sahaja luaran malahan dalaman.

Jom cantik luar dalam ! ❤️
Post a Comment