Feb 12, 2016

Biji Labu - Dr Zubaidi

Assalammualaikum Semua...Tahukah Anda salah satu ramuan Nutriferon ialah biji labu? Kebetulan Promosi Nutriferon ni...Ada satu post dari Fb Dr Zubaidi tentang biji labu. So saya share kan di sini apakata doktor

"Semasa kecil, ibu saya selalu menggoreng biji labu. Beliau tidak membuangkan biji labu apabila memasak buah labu itu untuk dijadikan lauk untuk dimakan.

Bila jadi doktor dan mengkaji tentang nutrien dalam pemakanan, rupanya baru saya tahu biji labu mengandungi banyak asid lemak yang bermanfaat untuk kesihatan manusia, seperti asid oleik dan asid alfa-linolenik.

ASID OLEIC diklasifikasikan sebagai asid lemak mono-taktepu omega-9. Ia dapat menurunkan "kolestrole jahat" LDL dan meningkatkan tahap "kolestrol baik" HDL.

Ia juga bertanggungjawab untuk menurunkan tekanan darah.

Rujuk: Teres, S.; Barcelo-Coblijn, G.; Benet, M.; Alvarez, R.; Bressani, R.; Halver, J. E.; Escriba, P. V. (2008). "Oleic acid content is responsible for the reduction in blood pressure induced by olive oil". Proceedings of the National Academy of Sciences 105 (37): 13811–6.

ALFA LINOLENIK ASID (ALA) adalah salah satu asid lemak yang diperlukan (perlu diambil dari pemakanan) dan menjadi salah satu dari komponen Omega 3.

Terdapat beberapa bukti menunjukkan penggunaan ALA terhadap kesan pencegahan terhadap penyakit kardiovaskular.

Rujuk: Pan A, Chen M, Chowdhury R; et al. (December 2012). "α-Linolenic acid and risk of cardiovascular disease: a systematic review and meta-analysis". Am. J. Clin. Nutr. (Systematic review) 96 (6): 1262–73.

Jadi jangan buang biji labu."


Share:
Post a Comment