Nov 19, 2015

Bioflavanoid dalam Vitamin C tu apa ?

Sila semak senarai kandungan Vitamin C yang anda makan sekarang. Ada bioflavanoid tak? Tak ada? Ada? Meh nak share sikit, dalam Vitamin C Shaklee, kedua-dua jenis Vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C dan Vita C Chew mengandungi BIOFLAVANOID.

APA ITU BIOFLAVANOID
Bioflavonoids merangkumi sekumpulan besar nutrien dengan aktiviti antioksidan. Bioflavonoids sitrus, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan nutrien yang berasal dari kulit dan pulpa produk sitrus. Bioflavonoids sitrus bertindak secara sinergistik dengan vitamin C. Setiap bahan meningkatkan tindakan yang lain. 
Bioflavonoids sitrus diperlukan oleh vitamin C untuk digunakan dengan berkesan oleh badan. Ia juga meningkatkan keberkesanan vitamin C dengan melambatkan kerosakan.

FUNGSI BIOFLAVANOID
Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c untuk :
1. melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
2. mempunyai kesan antibakteria
3. menggalakkan peredaran darah
4. merangsang pengeluaran hempedu
5. mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
6. merawat dan mencegah katarak
7. bertindak sebagai antihistamin
8. mempunyai ciri-ciri anti-radang
9. mengurangkan gejala herpes mulut

Bioflavonoids juga berfungsi sebagai antioksidan dalam tumbuh-tumbuhan. Cuba kita lihat, tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, menerima dos cahaya ultraungu (UV) yg tinggi kan? Bioflavonoids membantu melindungi tumbuhan dan juga manusia daripada sinaran UV yang berbahaya dan meneutralkan radikal bebas molekul tidak stabil dengan elektron berpasangan yang mereka keluarkan.

BAHAN MAKANAN LAIN YG MENGANDUNGI BIOFLAVANOID 
Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoid juga terdapat dalam lada, anggur, kayu pinus, bawang-bawangan, berry, teh hijau, sorgum, apricot, kedelai, tomat, brokoli, seledri, paprika, buncis, delima, jeruk nipis, jeruk lemon, anggur, apel, pir, stroberi dan lain-lain.

BAHAN YG MENGURANGKAN KADAR BIOFLAVANOID DALAM TUBUH
1. Asap rokok
2. Minum Alkohol
3.  Aspirin dan Ubat-ubat penghilang rasa sakit.
4. Antibiotik dan Cortisone.

SIAPA YG PERLUKAN
1) PEROKOK –asap rokok merosak bioflavanoids dan vit c dengan cepat. 
Perokok memerlukan extra bioflavanoids dan vit c utk melawan kerosakan sel dari asap rokok .Perokok pasif juga memerlukan extra bioflavanoids dan vit c
2) Orang tua
3) Penderita asma dan alergi
4) penderita kencing manis 
5) orang yang terkena jangkitan kerana bioflavanoids dan vit c dapat mengurangkan risiko infeksi
6) penghidap hypertensi – dapat menurunkan tekanan darah
7) orang yang stress – dpt mencegah stress dan proses pemulihan stress dapat dipercepat dengan mengambil bioflavanoids dan vit c

Secara kesimpulan Kandungan Bioflavanoid di dalam Vitamin C Shaklee, dapat meningkatkan keberkesanan Vitamin C itu sendiri. 


SR Vita C daripada Shaklee membekalkan 500mg Vitamin C untuk keperluan harian anda.
Yang lebih baik berbanding Vitamin C biasa kerana formula sustained releasemembekalkan vitamin C secara berperingkat dalam tempoh 5 jam selepas diambil. Ini dapat memastikan paras konsentrasi vitamin C yang optimum dalam darah sepanjang hari.

Harga RM 92.50 (180biji)

Cadangan pengambilan: 1 biji sehari.

==============================================================
anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor [ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Seluruh Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 19, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam dan Kota Kemuning
Share:
Post a Comment