Oct 20, 2015

Persediaan Makanan Bayi 6 Bulan

Wah..Alisya sekarang dah tinggal beberapa minggu lagi dah nak 6 bulan. Mama dia pun dah sibuk la nak kumpul-kumpul resepi yang sesuai untuk bayi 6 bulan. Macam anak pertama pulak ye. 

Masa anak pertama dulu Irdina, saya ni tak berapa seach sangat ....bz bebenar ,masa tu memang bekerja...lepas tu memang tak amik tau pun satu hal. Bagilah dia bubur dalam tin yang beli kat kedai tu...Nasib baik dia tak boleh makan. Bila makan jer tetiba kat dada macam berbunyi. Terus la mama search resepi yang sesuai untuk Irdina. Sejak tu bubur Irdina memang 100% homemade yer. Even bekerja masak hari-hari tau ...frozen frozen pun tak ada.hehehe


Saya share di sini hasil dari search dari BLOG lain untuk panduan bersama....

============================================================Sumber : http://www.keluargabaru.com/resepi-makanan-bayi-6-8-bulan-yang-berkhasiat/

ibu bapa perlu memperkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan puri avokado. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada kumpulan makanan yang lain pula. Sebolehnya variasikan makanan bayi anda.

Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru; ini akan membantu menentukan sama anda si manja gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4 hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada.Tekstur makanan bayi 6 bulan hingga 8 bulan paling sesuai ialah cair, puri, kisar atau lenyek. Beri makanan pepejal 2-3 kali sehari disertai dengan susu ibu 5-6 kali sehari.
Sumber : http://wholesomebabyfood.momtastic.com/

Makanan pertama bayi bermula di usia 6 bulan yea...


Sumber: http://my.theasianparent.com/makanan-pejal-pertama-bayi/
Panduan makanan pejal pertama bayi
  • Berikan makanan pejal hanya selepas bayi berusia 6 bulan kerana, antara lain, sistem penghadaman telahpun bersedia ketika ini.• Berikan makanan pejal 2 – 3 kali sehari.
  • Biarkan bayi anda menentukan kuantiti yang dapat diterima pada satu-satu masa.
  • Mulakan dengan makanan pejal yang dikisar menjadi puri bersama susu ibu. Buah-buahan dan sayuran yang sesuai termasuk epal, pisang, labu, lobak merah, kentang, bayam dan brokoli.
  • Pastikan tiada gula atau garam ditambah pada makanan.
  • Berikan satu-satu resepi selama 4 – 7 hari sebelum bertukar resepi lain bagi memastikan bayi anda betul-betul serasi dan tiada alergi terhadap makanan tersebut.

Tidak kurang pentingnya ialah menentukan sama ada si comel telah bersedia untuk mencuba makanan pejal pertamnya. Untuk itu, perhatikan perkara-perkara berikut pada bayi anda. Jika si comel mempunyai tanda-tanda ini, itu bermakna dia sudah bersedia untuk meneroka pilihan makanan selain susu:
• Boleh mengawal lidah dan pergerakan tengkok dengan lebih baik.
• Mula membuat pergerakan mengunyah ke atas-ke bawah.
• Boleh duduk sendiri dengan sokongan yang minimum.
• Suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
• Menunjuk minat pada apa yang anda makan.
Resepi pertama bayi
Berikut beberapa resepi yang di kongsi oleh ibu-ibu berpengalaman, melalui laman web dan temubual:
Bubur nasi
Bubur nasi kosong yang dikisar halus tanpa tambahan garam mahupun gula adalah pilihan utama kebanyakan ibu-ibu bagi memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Bubur nasi boleh disediakan dengan memasak nasi biasa dan dikisar halus bersama susu atau memasak bubur nasi hingga lembut.
Bubur nasi berlauk ikan bilis, ikan dan isi ayam
Bubur nasi boleh juga dikisar bersama ikan bilis, ikan dan ayam atau bersama sayur-sayuran. Bagi ikan bilis, buangkan kepala dan tahinya terlebih dahulu dan pastikan ianya lembut dengan merendamnya sebelum digoreng atau disangan (goreng tanpa minyak). Ia kemudiannya dikisar kering dan dicampurkan ke dalam bubur nasi. Ikan bilis boleh juga direbus terus bersama bubur nasi. Bagi ikan dan isi ayam, ia harus direbus atau kukus terlebih dahulu sebelum dilecek atau dikisar bersama bubur nasi.
Bubur nasi berlauk sayuran
Bagi sayur-sayuran, perkenalkan sayuran yang memberi rasa manis seperti lobak merah, brokoli dan bayam. Sayur-sayuran boleh dikukus atau direbus terlebih dahulu secara berasingan sebelum dilecek dan dicampur ke dalam bubur nasi atau dikisar bersama bubur nasi.
Puri buah-buahan
Bagi buah-buahan yang lembut seperti pisang dan betik, boleh dilecek dan diberi terus. Untuk buah-buahan yang keras seperti pir dan epal, boleh dikukus sebelum dikisar halus menjadi puri. Sesetengah ibu menambah susu untuk mencairkan dan menambah nasi untuk memekatkan, semasa mengisar.
Akhir sekali, ingatlah ini kali pertama si comel anda merasa makanan baru. Jangan berputus asa untuk mencuba beberapa resepi jika mereka tidak dapat menerima makanan yang diberikan. Juga, jika anda menyusukannya, teruskanlah sehingga usianya dua tahun bagi mendapat manfaat terbaik daripada susu ibu. Sabar adalah kunci kepada segala kebahagiaan.
Rujukan:
Ok lah cukuplah sampai sini jer...Semoga memberi manfaat kepada anda semua yer
Share:
Post a Comment