Jun 11, 2015

Pengalaman Berpantang Anak ke 2

Alhamdulillah... yeay tinggal 2 hari je lagi nak abis berpantang...genaplah 44 hari.. Sebulan berpantang dengan Mak, lepas tu berpantang sendiri di rumah sendiri. Semuanya suami yang buat..Thanks Husband dan Mak.

Ok Saya nak share amalan berpantang saya untuk pertama kalinya dengan Set Bepantang Shaklee. Tapi amalan tradisional pun saya masih amalkan.

Saya berpantang dengan Set Berpantang Shaklee dan add on Vivix Shaklee dan juga Peppermint Ginger Plus.. Jom baca apa kebaikan setiap makanan tambahan ini.

1. Vivix Shaklee- Membantu dalam mempercepatkan penyembuhan. Testimoni diri sendiri, memang rasa segar dan cepat baik. Memang terbaik!!

2. Vitalea with iron formula (multivitamin)- Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan.Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya.

3. B Complex- Penting dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

4. Vitamin C - Sistem imun - membantu lawan jangkitan & penyakit. Vitamin C sangat perlu dalam  membantu badan pulih dari proses kelahiran.Mengandungi bahan semulajadi  seperti bioflavonoids,hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsi vitamin C.

5. Zinc- Penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc.

6. OsteMatrix - Kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Nak membuang pun mudah ye.

7. Peppermint Ginger Plus bagi melegakan masaalah angin dalam badan. Baik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut dan juga membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Kenapa saya memilih Set Berpantang Shaklee..Pertamanya sebab saya berniat nak fully breastfeed..Keduanya Set Berpantang ni boleh makan even anak jaundis.

Ini pula amalan tradisi yang saya amalkan

1. Mandi air serum, ni mak yang buat sendiri dari herba2 keliling rumah. Boleh la letak semua herba yang ada, kalau tak ada letak apa yang ada je la. Tapi memang best mandi air serum ni, wangi dan lepas rebus masa panas2 tu boleh buat bertangas. Orang kata mandi wap. Memang rasa segar..best sangat.

• Serai Wangi -  berkhasiat melegakan sakit kepala dan melegakan lenguh-lenguh badan
• Daun Pandan - baunya memberi kesan 'tenang'
• Daun Halia & isi Halia (dihiris) - membuang angin dan menghilangkan bau busuk (darah nifas)
• Daun Inai - penyembuh luka dan masalah keputihan
• Daun Limau Purut - membantu merangsang perjalanan darah
• Daun Lengkuas - menghangatkan dan melancarkan peredaran darah
• Pucuk/Daun Jambu Batu - membantu merawat luka, kudis, ruam
• Daun Sirih - mengandungi 'astrigen' yang membantu mengecutkan tisu dalaman wanita dan juga bersifat 'Antiseptik' yang berupaya membunuh bakteria / kuman
• Daun Kunyit - melegakan masalah kulit... kunyit yang dimakan ulam membantu mengecutkan rahim
• Daun Temulawak - mencegah demam, membantu pencernaan
• Daun Lempoyang - mengurangkan bau badan
• Daun Jerangau - membantu merawat kulit dan menghentikan pendarahan lepas bersalin (dengan meminum air rebusan rizom jerangau)
• Gandarusa - menurunkan panas badan serta melegakan sakit kepala, mata & telinga
• Daun Senduduk - membantu mengembalikan kecergasan badan dan memulihkan luka
Credit

2. Bertungku

3. Berurut

4.Pakai Stokin

5. Makan Makanan khas untuk orang berpantang, no cili api, no yang berangin, no yang gatal. Yes halia, Yes Kunyit dan lada hitam dalam setiap masakan. Ermm terbaik!!

6. Kurangkan tengok tv, baca buku, tengok handphone ( untuk urat mata- pantang selalu kena langgar le)

7. Pakai Losyen Mustajab kat perut dan peha.



===========================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor [ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyan 19, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam dan Kota Kemuning
Share:
Post a Comment