Apr 13, 2015

Tanda-Tanda Bersalin - Mood is On

Assalammualaikum....Lama plak rasanya tak update Diary Makbunge ni... Alhamdulillah minggu ni masuklah 38 minggu mengandung. Perut dah beberapa hari meragam, mengeras ( mungkin Brixton Hicks). Baju dah banyak tak muat.Sendat sempit sini sana. Last week hari Khamis doktor scan doktor cakap baby dah masuk sikit. Macam-macam rasa..rasa takut, rasa nak bersalin cepat (sebab tak sabar nak jumpa baby ni).. Perasaan bercampur baur...Bisness still OPEN yea...OPEN even dalam labor room pun..hik hik hik... 

Barang-barang semua dah masuk dalam kereta, dah bersiap sedia katakan..heheh..Sabtu Ahad dari last week memang ajak husband gi window Shoping, manalatau leh cepatkan bersalin kan.. last week g IKEA, minggu ni kenkonon nak jalan-jalan kat taman, tengok-tengok petang dah hujan. Semalam je la, jalan-jalan Jusco, g DIY menhabiskan duit..hahaha.. Selain tu sejak last week sibuk search kat Internet tips, petua mudah bersalin dan juga tanda-tanda bersalin.

Walaupun ini kali ke 2 bakal bersalin, perasaan takut tu lebih dari yang pertama. 
Masa bersalin yang pertama, memang saya tak pernah search lansung tips mudah bersalin.. Masatu sibuk bekerja dan tak terpikir nak nak search tentang ni...Jom saya kongsikan tanda-tanda dah hampir bersalin yang saya baca : 

  •  kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
  •  keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
  • keluar darah dari vagina. : Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. 
  • Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.
Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.
Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.
Credit 

Doakan saya mudah dan d permudahkan segala urusan yea kawan-kawan. Maafkan segala salah dan silap.

Set Kehamilan yang Saya Amalkan bagi Memastikan Saya Bertenga Sepanjang Kehamilan ini

=======================================================

Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam dan Kota Kemuning
Share:
Post a Comment