Feb 12, 2015

Rawatan Jangkitan Kulat - Candida, Keputihan Semasa Hamil

Keputihan semasa hamil sangat merimaskan..sangat-sangat merimaskan. Rasa memang tidak selesa. Jangan ambil mudah dengan masalah keputihan semasa hamil, beritahu doktor untuk di ambil sampel dan ujian akan dilakukan. Pastikan ianya jangkitan FUNGAL atau BAKTERIA.

KEPUTIHAN KETIKA HAMIL AKAN JADI BAHAYA APABILA... Sekiranya lelehan bertukar warna atau tekstur, atau anda mengalami kemerahan, kekeringan atau kegatalan, kemungkinan anda mengalami jangkitan. Keputihan yang berupa seperti keju mungkin menunjukkan anda mengalami jangkitan kulat. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya anda fikir yang anda mengalami jangkitan faraj. Doktor akan melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti jenis jangkitan pada faraj anda..Kemungkinan akan berlaku 2 sebab iaitu samada jangkitan  fungal atau pun bakteria.Wanita hamil tidak semestinya dijangkiti fungal, tetapi juga kemungkinan dijangkiti bakteria pada kemaluan yang disebut sebagai Bacterial Vaginosis (bv).jika ini berlaku, ia akan memberi masalah kepada bayi dalam kandungan jika tiada rawatan susulan dilakukan. Antara masalah yang boleh berlaku adalah :  kelahiran bayi pra matang jangkitan kuman pada air ketuban, uri dan bayi. (Dr Zubaidi)

Hari ini sharing saya lebih fokus kepada JANGKITAN KULAT semasa hamil, dan tips ini saya ambil terus dari Facebook Dr Hamid Arshat (pakar sakit puan), semoga perkongsian ini membantu anda-anda yang mengalami masalah kulat ini. 


Jangkitan kulat pada saluran kemaluan sering menimbulkan berbagai masalah saperti lelehan yang sangat gatal dan berbau khususnya bila buat hubungan jantina, sukar hamil dan mudah gugur. Cuba rawatan2 berikut.
1. Ubat-ubat antifungal saperti nystatin, nizoral dan lain2.
2. Ubat pessary (saperti peluru) yang dimasukkan kedalam faraj. Berbagai jenama terdapat dalam pasaran.
3. Amalkan vaginal douching . Guna satu cawan air suam campur satu sudu garam atau guna satu sudu apple vineger campur satu cawan air. Staff klinik bolih ajar cara douching. Beli alat 'sitz bath' untuk mudahkan rendam dan basuh kemaluan yg dijangkiti kuman dengan menggunakan air garam. Jauhkan kegunaan feminine antiseptik.
4. Makan 'probiotics' (bukan antibiotics) untuk membiakan bakteria2 kawan yg baik dalam bentuk pil supplement. Terdapat beberapa makanan yang jadi sumber probiotics saperti cheese, yogurt, miso, tempe dark chocolate dan buah olive. Lactobacillus membiak dalam usus dan berguna meningkatkan immunity.
6. Makan lebih sikit bawang putih/garlic kerana ia punya daya antifungal dan antibakteria.
7. Minum satu sudu minyak kelapa dara (VCO) waktu sarapan dan makan malam. Ia juga mengandungi bahan2 antifungal dan antibakteria.
8. Minum cranberry juice yg diiktiraf untuk rawatan jangkitan kuman disaluran kencing. Air limau nipis juga baik untuk tujuan ini.
9. Multivitamin2 supplement khususnya vitamin C.
10. Gunakan seluar dalam yang longgar dan bersih.

================================================
Produk Shaklee yang dapat membantu anda yang mempunyai masalah ini ialah

1. Garlic Complex Shaklee - Bawang putih bertindak sebagai anti-kulat/ antifungal dan Bawang putih bertindak sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi

2. SR Vita-C - meningkatkan sistem pertahanan tubuh dari sebarang jangkitan

 ================================================

Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Seluruh Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam dan Kota Kemuning
Share:
Post a Comment