Jan 30, 2015

KARIPAP GEDABAK MAKBUNGE

Assalammualaikum Semua...Hari-hari asyik cerita pasal Shaklee jer kan...hari ni saya nak share resepi terlebih rajin minggu ni...hehehe...Dah lama berangan, mengidam nak buat Kuih Karipap. Kuih Karipap yang kami buat ni saya namakan Kuih Karipap Gedabak. Eh kenapa ada "kami" tu..

Yang buat inti karipap saya la, yang bancuh tepung saya la..yang uli cik abang...yang kelim cik abang..yang jadi pemerhati anakku Dina..jadi terjadilah karipap KAMI..heheh..actually memang saya jenis tangan tak berseni mak cakap, nak kelim kuih karipap pun tak pandai. Untunglah husband tangan berseni, cantik jer dia kelim kuih karipap tu...hehehehe.

Meh saya sharekan kat sini resepinya..kot la nak cuba kan..kat tekak ni rasa sedap dah..tak tau la kat tekak korang kan.


Bahan untuk inti:
  • 6 biji bawang kecik(2 biji racik, 3 biji tumbuk)
  • 2 ulas bawawang putih((1 biji racik, 1 biji tumbuk)
  • 2 biji kentang(potong dadu)
  • isi ayam(agak2) letak daging lagi sedap rasanya.
  • 3 sudu makan serbuk kari daging
  • daun kari
  • Air
  • garam secukup rasa
Bahan untuk kulit:
  • Tepung gandum
  • Marjerin
  • Air

Cara Penyediaan:

Cara untuk Inti:
  1. Tumis bahan yang diracik  sampai.wangi
  2. Gaulkan serbuk kari, ayam, air sikit, dan bawang yang ditumbuk tadi, dan daun kari.
  3. Dah wangi tumisan tadi baru masukkan bahan yang digaul di atas, biar sampai pecah minyak
  4. masuk garam secukup rasa dan gaulkan sebati, biar agak kering sampai kentang dah lembut.tutup api dan siap.
Cara cara penyedian tepung:
  1. Masuk tepung gandum dlm bekas
  2. Ambil marjerin (agak2) gaul dengan tepung sampai tepung berderai.
  3. Tambah air (agak2)
  4. Gaul sebati dan uli smpi jadi doh(Uli sampai tak melekat di tangan.).
  5. Doh buat bulat kecil-kecil, gelek dgn penggelek nipis-nipis menggunakan doh roller
  6. Letekkan sedikit inti di tengah
  7. Gunting utk bagi sama dan klim (kami pakai bekas gedabak tu, tp lepas tu kelim la sebab mcm terbuka)
  8. Goreng  dan sedia di hidangkan
Ha dah siap KARIPAP AYAM GEDABAK MAKBUNGE (tapi kalau tukar ayam ke daging lebih sedap kot) ...Selamat Mencuba
================================================
Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam dan Kota Kemuning
Share:
Post a Comment