Nov 4, 2014

Mengapa Pengambilan Omega-3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?

Omega- 3 asid lemak yang penting dan hanya boleh diperolehi daripada diet. Omega-3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan ibu mengandung akan mengalami kekurangan omega-3 didalam badan jika pengambilan omega-3 tidak mencukupi kerana bayi akan mengambil omega-3 si ibu bagi perkembangan sistem saraf otaknya. 

Seperti ibu mengandung perlu mengambil kalsium tambahan kerana bayi menggunakan kalsium si ibu bagi pembinaan tulangnya. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega-3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.

Asid lemak omega-3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. 


Kekurangan pengambilan omega-3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya. 

Pengambilan oemga-3 selepas bersalin juga digalakkan kerana DHA adalah komponen penting didalam susu ibu dan DHA amat penting untuk perkembangan otak anak.

=======================================================

 Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam dan Kota Kemuning
Share:
Post a Comment