Aug 11, 2014

GLA Complex dan Haid Tidak Teratur

Masih mood raya ke? Ok la sesambil makan kuih raya tu saya nak sembang2 pasal GLA Complex dan Haid Tidak Teratur. Ramai wanita-wanita mempunyai masalah haid tidak teratur...ada yang masih bujang dan tidak kurang juga yang sudah berumah tangga. Ini saya dapat lihat sendiri daripada pelanggan-pelanggan yang membeli GLA Complex dengan saya.

Selain dari masalah period tidak teratur ini,di antara masalah-masalah lain yang saya syorkan mengambil GLA Complex ialah mereka yang senggugut yang teruk, yang berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata dan juga masalah kulit.

Apa yang antara punca haid tidak teratur :

KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid

BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Jika dibiarkan masalah haid tidak terstur berlarutan, ia boleh menyebabkan masalah kesuburan dan membawa kepada kesukaran mendapat cahaya mata. Cubalah GLA Complex, terbukti berkesan ...Alhamdulillah ramai yang berpuas hati dan dapat mengembalikan haid setiap bulan, dengan Izin Allah.


Lagi tentang GLA Complex di sini 
===========================================================Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor [ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam dan Kota Kemuning
Share:
Post a Comment