Jun 20, 2014

Jerebu - Tips Penjagaan Kesihatan

Assalammualaikum Semua....Semalam hari gelap je ... Nampak macam kabus kabus..Tapi bukan kabus sejuk..tapi Jerebu...Musim-musim jerebu ni, macam-macam jenis penyakit terutamanya yang ada masalah Asthma. Kenapa Jerebu dan apakah tips kesihatan dan suplemen Shaklee yang dicadangkan kepada kita semua. 

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

  • Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU STATUS
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
  • asma
  • bronkitis
  • radang paru-paru
  • penyakit paru-paru yang kronik
  • jantung
  • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa Sakit Dada
Credit : http://www.moh.gov.my/

Tips penjagaan kesihatan kita & anak-anak di musim jerebu:

» Minum air masak/kosong dalam kuantiti yg banyak.
Air merupakan perkara paling penting dalam tubuh kita kerana ia menyalurkan tenaga dan amat baik untuk kesihatan. Kita digalakkan untuk minum 2Liter air sehari.

» Kurangkan aktiviti di luar. Banyakkan berada didalam rumah.Selesaikan urusan dii luar dengan segera. Kalau bekerja makan di dalam pejabat sahaja.

» Gunakan topeng muka (penutup hidung) apabila berada di luar. Pilih topeng muka yg benar-benar membantu menapis udara seperti n95 Face Mask  untuk melindungi anda daripada menghirup udara yang tidak sihat apabila berada di luar. 

» Sediakan/masaklah makanan sendiri di rumah. Ia pasti lebih bersih & selamat.

» Tutup semua pintu & tingkap ketika berada di rumah. Seeloknya pasangkan pendingin hawa (air-cond). Tetapkan suhu pada suhu bilik iaitu antara 24-27darjah celcius bagi tujuan pengudaraan dalam rumah yg lebih sihat.

» Jangan Merokok – Jangan merokok kerana ia akan menyebabkan tahap kesihatan lebih terjejas.

»Pastikan Rumah Sentiasa Bersih – Rumah yang bersih akan menyebabkan anda selesa dan terhindar daripada sebarang penyakit

» Membasuh Tangan dan Muka setelah melakukan Aktiviti Luar – Anda harus mencuci muka dan tangan untuk mengelakkan kesan jerebu mempengaruhi tahap kesihatan anda.

Cadangan Suplemen untuk Kesihatan Anda Semasa Jerebu
» Ambil Nutriferon dan Chewable Vitamin C bagi meningkatkan imuniti badan, agar tidak mudah dijangkiti demam, batuk & selsema.


» Sekiranya anak anda menghidap asthma, berikanOmega Guard agar mereka tidak terkena serangan asthma.

Selain itu , Suplemen di bawah juga dapat membantu anda semasa Jerebu.







=======================================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor [ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam dan Kota Kemuning
Share:
Post a Comment