May 6, 2014

Tandem Nursing dan Berpuasa..

" Alhamdulillah.. Usai sudah 7 hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan. Syukur ke hadrat Allah swt.. Hadha berjaya puasa tanpa fail setakat ni walaupun bertandem nursing. Ye.. Hadha menyusukan dua orang anak, berusia 5++ bulan dan 2++ tahun. Malah rasanya kurang letih lesu berbanding tahun2 sebelum ni. Sangat seronok! Syukur.
Jadi ingatan Hadha, amalkan pengambilan suplemen Shaklee dengan konsisten terutamanya protein. Buat masa ni Hadha pun xde stok PD jadi protein, oste dan vitamin2 asas adalah wajib. Makanan sunnah jgn dilupa yakni buah kurma. Minum air sikit2 namun cukup 2 liter. Banyakkan buah dan sayur sebagai sumber serat. Dan satu lagi, Hadha suka makan oats.
Puasa mendidik hati, mendisiplinkan diri sambil memotivasi jiwa. Good luck untuk hari2 mendatang! :))" 

Testimoni Puan Hadha berpuasa di bulan Ramadhan dan menyusukan 2 orang anak beliau.

(http://www.ikim.gov.my/)
Allah mensyariatkan berpuasa kepada hamba- hambaNya kerana pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi daripadanya. Terpulang kepada diri kita untuk memanifestasikan puasa dalam kehidupan yang sebenar dengan situasi seperti ibu- ibu yang menyusukan bayi. Kajian yang dijalankan di Afrika Barat mendapati bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi tetapi kemungkinan komposisi susu ibu tersebut akan berubah. Hal ini adalah sejajar jika dikaitkan dengan pemakanan ibu semasa bulan Ramadhan kerana nutrien susu adalah bergantung kepada pemakanan ibu. Seandainya pemakanan sihat dan sempurna yang diamalkan, ia tidak akan mengundang masalah terhadap komposisi susu tersebut tetapi jika terdapat kekurangan dalam pengambilan makanan, kemungkinan komposisi tersebut akan berubah. Namun, ia tidak mendatangkan masalah terhadap kesihatan bayi. Ini kerana, ia boleh dilihat sebagai suatu kitaran iaitu, ibu- ibu boleh menggantikan makanan atau zat yang tidak cukup tersebut selepas waktu berbuka. Selagi mana pemakanan sihat diutamakan, tiada masalah yang diundang buat ibu dan bayi yang menyusu.

Mighty 3 Gems - Click Here
Set Penyusuan - Click Here
=======================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 
Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam
Share:
Post a Comment