Apr 24, 2014

Asma Semput ..Telur..Anggur dan Kenduri Kahwin

Pada hujung tahun lepas kami sekeluarga pulang ke kampung halaman untuk meraikan perkahwinan adik bungsu saya. Disebabkan saya ni WAHM - Work at Home Mum jadi saya balik awal seminggu..kekonon nak tolong mak la...Kenduri yang bakal di buat pada hujung minggu tu, kenduri kecil-kecilan jer..kenduri minum petang....

Seronoknyalah anak saya Irdina bila dapat balik kampung.. dia kata nak tengok PakCik Bad kawin..Dalam kereta siap nyanyi ooo balik kampung ....heheh ;-)

Pada hari Khamis tu, walaupun kenduri rumah petang Ahad tapi adik beradik mak berkumpul merebus telur untuk di letakkan pada bunga pahar. Dalam sibuk2 orang buat kerja tu...Irdina pun buat kerja dia la..habis 5 biji telur dimakannya. Tak pernah pulak dia makan telur sebanyak tu. Lepas tu dia dah start batuk dan selsema sikit2.

Esoknya adalah majlis pernikahan Pakcik Bad hari Jumaat.  Malam tu Dina makan plak Si Anggur...Tapi tak nampak apa yang pelik pun. Pagi-pagi Sabtu tu, dari pukul 4 pagi dah start dengar bunyi pelik bila Irdina bernafas.. dah biasa Irdina macam ni...tapi bila bawak g klinik sekali nebulizer je dah ok.  Lepas amik nebulizer ni, satu jam lepaas tu tengok dia masih tak ok..Hantar lagi sekali pegi hospital amik nebulizer lagi. Sampai la kali ke empaat Irdina pon kena tahan la di ward.  Emm tak merasa la nak gi kenduri sebelah perempuan pun tak dapat join umah kami pun tak dapat join.

Doktor tak pasti masa tu Irdina ni kena Asma atau jangkitan kuman. Doktor syak jangkitan kuman pada mulanya. 

Actually Irdina ni memang ada Semput / Asma tapi boleh control lagi sebab dia kena pun jarang-jarang 2 bulan sekali. Mungkin sebab keturunan, mak sedara sebelah ayah dia ada beberapa orang yang kena Asma.

Ni dia Irdina yang sangat-sangat aktif walaupun Semput. Nurse dan Doktor pun tersenyum tengok si kecik semput yang aktif ni. 

Sebagai ibu saya kesian tengok anak saya kena Warded.. Tangan kena cucuk, nak bergerak pun susah..Beberapa jam sekali kena nebulizer dan makan ubat. Saya tak suka anak saya makan ubat... .
Gambar atas ni dah hari ke 2, tengok dia punya wayar tu dah cabut. Dulu bila nak nebulizer jer nangis..Punyalah banyak kali dah boleh pegang sendiri dah.

Owh lupa , masa ni Irdina masih lagi minum susu badan..Jadi saya ambil Nutriferon, Vitamin C untuk tingkatkan Imunisasi dengan harapan Irdina pun akan dapat Nutrisi dari susu yang dia minum dan juga B.Complex untuk saya lebih tenang dan bertenaga di hospital. Yeah, saya rasa bertenaga.

Hari Isnin, Irdina dah boleh keluar hospital, dia hanya semput jer tak ada jangkitan kuman pun Alhamdulillah...Start dari hari tu lah..setiap minggu saya pastikan secara konsisten bagi anak saya makan Suplemen iaitu Omega Guard untuk mengurangkan risiko masalah pernafasan dan Vita C Chewable Shaklee untuk imunisasi (kenkadang lupa gak). Alhamdulillah sampai sekarang demam pun tak ada.

 Gambar yang ni hari Isnin ..dah boleh keluar hospital dah...Ni kat tempat main dia...tak nak duk atas katil...Nak merayau jer dalam ward tu. Macam orang sihat jer.

Gambar di atas Irdina dengan ayah...Buku dan Color tu aunty Masytah yang bagi...TQ Aunty

Jom Kenali Asma/Semput/Asthma 
Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.``Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

``Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,'' katanya.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

``Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).

``Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,'' jelasnya.
Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

"Rumah yang ada anak mengalami asma tidak sesuai membela binatang peliharaan dan elak daripada menggunakan permaidani kerana ia mengumpul habuk .
"Diingatkan juga untuk menjemur tilam dan bantal di bawah matahari sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menghindari habuk, serta cadar ditukar setiap minggu," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130530/kn_01/Penyakit-lazim-kanak-kanak#ixzz2zhB97DXz
© Utusan Melayu (M) Bhd 




=======================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 
Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam

Share:
Post a Comment