Apr 27, 2014

Amalan Berpantang Selepas Keguguran

Dah dekat nak sebulan dah berpantang, dah nak habis berpantang dah pun..heheh. Rata-rata orang tua, bidan, nurse dan doktor menyarankan kepada saya supaya berpantang. Ye, memang saya berpantang macam orang bersalin pun. Orang tua2 cakap keguguran ni umpama buah yang tak masak, jadi penjagaan dan perhatian leih sepatutnya perlu dalam penjagaan berpantang.


Saya nak share macam mana dan amalan saya semasa berpantang selepas keguguran : 
1. Vivix Shaklee- Membantu dalam mempercepatkan penyembuhan. Testimoni diri sendiri, memang rasa segar dan cepat baik. Memang terbaik!!

2. Vitalea with iron formula (multivitamin)Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan.Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. 

3. B ComplexPenting dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

4. Vitamin CSistem imun - membantu lawan jangkitan & penyakit 
Vitamin C sangat perlu dalam  membantu badan pulih dari proses kelahiran.
Mengandungi bahan semulajadi  seperti bioflavonoids, hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsivitamin C.


5. ZincPenting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. 

6. OsteMatrix - Kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Nak membuang pun mudah ye.

7. Mandi air serum, ni mak yang buat sendiri dari herba2 keliling rumah. Boleh la letak semua herba yang ada, kalau tak ada letak apa yang ada je la. Tapi memang best mandi air serum ni, wangi dan lepas rebus masa panas2 tu boleh buat bertangas. Orang kata mandi wap. Memang rasa segar..best sangat.
  • Serai Wangi -  berkhasiat melegakan sakit kepala dan melegakan lenguh-lenguh badan
  • Daun Pandan - baunya memberi kesan 'tenang'
  • Daun Halia & isi Halia (dihiris) - membuang angin dan menghilangkan bau busuk (darah nifas)
  • Daun Inai - penyembuh luka dan masalah keputihan
  • Daun Limau Purut - membantu merangsang perjalanan darah
  • Daun Lengkuas - menghangatkan dan melancarkan peredaran darah
  • Pucuk/Daun Jambu Batu - membantu merawat luka, kudis, ruam
  • Daun Sirih - mengandungi 'astrigen' yang membantu mengecutkan tisu dalaman wanita dan juga bersifat 'Antiseptik' yang berupaya membunuh bakteria / kuman
  • Daun Kunyit - melegakan masalah kulit... kunyit yang dimakan ulam membantu mengecutkan rahim
  • Daun Temulawak - mencegah demam, membantu pencernaan
  • Daun Lempoyang - mengurangkan bau badan
  • Daun Jerangau - membantu merawat kulit dan menghentikan pendarahan lepas bersalin (dengan meminum air rebusan rizom jerangau)
  • Gandarusa - menurunkan panas badan serta melegakan sakit kepala, mata & telinga
  • Daun Senduduk - membantu mengembalikan kecergasan badan dan memulihkan luka 

8. Bertungku
9. Berurut
10.Pakai Stokin
11. Makan Makanan khas untuk orang berpantang, no cili api, no yang berangin, no yang gatal. Yes halia, Yes Kunyit dan lada hitam dalam setiap masakan. Ermm terbaik!!
12. Kurangkan tengok tv, baca buku, tengok handphone ( untuk urat mata- pantang selalu kena langgar le)
13. Pakai Losyen Mustajab kat perut dan peha.
14. Peppermint Ginger Plus bagi melegakan masaalah angin dalam badan. Baik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut dan juga membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Kesan-kesan yang mungkin akan berlaku apabila tidak berpantang selepas keguguran :

Tekanan emosi @ meroyan, Masalah kesuburan, Lemah rahim - keguguran berulang, Ketidakseimbangan hormon, Bengkak dan bisa otot peranakan, Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut, Kebas-kebas sendi, Mudah berasa seram sejuk, Demam yang tidak kebah, Kedinginan seks.



 














=======================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 
Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam
Share:
Post a Comment