Apr 29, 2014

Lagi Testimoni Berpantang ;-)

Mari Kita Tengok Apa Kata Pengguna

TESTIMONI 1 :  Badan Cergas Walaupun Ceaser

TESTIMONI 2 : APA KATA SURVER? 


TESTIMONI 3: BADAN CERGAS KETIKA BERPANTANG


Testimoni Berpantang : Click Here
Set Berpantang Cadangan : Click Here


✔ BOLEH di ambil oleh ibu yang baru melahirkan bayi seawal hari PERTAMA selepas melahirkan bayi. 

✔ BOLEH membantu mempercepatkan luka bersalin anda lebih cepat KERING dan SEMBUH.

✔ BEBAS daripada SEMBELIT yang teruk semasa tempoh berpantang.

✔ BOLEH di makan oleh ibu yang bayi di sahkan ada masalah jaundis/sakit kuning.

✔ BOLEH bagi ibu yang melahirkan bayi secara NORMAL atau PEMBEDAHAN 

✔BOLEH membuatkan IBU LEBIH CERGAS, LEBIH BERTENAGA, LEBIH ANGGUN DAN CANTIK

✔ BOLEH mendapat tenaga yang cukup untuk anda menyusukan bayi anda
=======================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 

Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam



Apr 27, 2014

Amalan Berpantang Selepas Keguguran

Dah dekat nak sebulan dah berpantang, dah nak habis berpantang dah pun..heheh. Rata-rata orang tua, bidan, nurse dan doktor menyarankan kepada saya supaya berpantang. Ye, memang saya berpantang macam orang bersalin pun. Orang tua2 cakap keguguran ni umpama buah yang tak masak, jadi penjagaan dan perhatian leih sepatutnya perlu dalam penjagaan berpantang.


Saya nak share macam mana dan amalan saya semasa berpantang selepas keguguran : 
1. Vivix Shaklee- Membantu dalam mempercepatkan penyembuhan. Testimoni diri sendiri, memang rasa segar dan cepat baik. Memang terbaik!!

2. Vitalea with iron formula (multivitamin)Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan.Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. 

3. B ComplexPenting dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

4. Vitamin CSistem imun - membantu lawan jangkitan & penyakit 
Vitamin C sangat perlu dalam  membantu badan pulih dari proses kelahiran.
Mengandungi bahan semulajadi  seperti bioflavonoids, hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsivitamin C.


5. ZincPenting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. 

6. OsteMatrix - Kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Nak membuang pun mudah ye.

7. Mandi air serum, ni mak yang buat sendiri dari herba2 keliling rumah. Boleh la letak semua herba yang ada, kalau tak ada letak apa yang ada je la. Tapi memang best mandi air serum ni, wangi dan lepas rebus masa panas2 tu boleh buat bertangas. Orang kata mandi wap. Memang rasa segar..best sangat.
  • Serai Wangi -  berkhasiat melegakan sakit kepala dan melegakan lenguh-lenguh badan
  • Daun Pandan - baunya memberi kesan 'tenang'
  • Daun Halia & isi Halia (dihiris) - membuang angin dan menghilangkan bau busuk (darah nifas)
  • Daun Inai - penyembuh luka dan masalah keputihan
  • Daun Limau Purut - membantu merangsang perjalanan darah
  • Daun Lengkuas - menghangatkan dan melancarkan peredaran darah
  • Pucuk/Daun Jambu Batu - membantu merawat luka, kudis, ruam
  • Daun Sirih - mengandungi 'astrigen' yang membantu mengecutkan tisu dalaman wanita dan juga bersifat 'Antiseptik' yang berupaya membunuh bakteria / kuman
  • Daun Kunyit - melegakan masalah kulit... kunyit yang dimakan ulam membantu mengecutkan rahim
  • Daun Temulawak - mencegah demam, membantu pencernaan
  • Daun Lempoyang - mengurangkan bau badan
  • Daun Jerangau - membantu merawat kulit dan menghentikan pendarahan lepas bersalin (dengan meminum air rebusan rizom jerangau)
  • Gandarusa - menurunkan panas badan serta melegakan sakit kepala, mata & telinga
  • Daun Senduduk - membantu mengembalikan kecergasan badan dan memulihkan luka 

8. Bertungku
9. Berurut
10.Pakai Stokin
11. Makan Makanan khas untuk orang berpantang, no cili api, no yang berangin, no yang gatal. Yes halia, Yes Kunyit dan lada hitam dalam setiap masakan. Ermm terbaik!!
12. Kurangkan tengok tv, baca buku, tengok handphone ( untuk urat mata- pantang selalu kena langgar le)
13. Pakai Losyen Mustajab kat perut dan peha.
14. Peppermint Ginger Plus bagi melegakan masaalah angin dalam badan. Baik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut dan juga membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Kesan-kesan yang mungkin akan berlaku apabila tidak berpantang selepas keguguran :

Tekanan emosi @ meroyan, Masalah kesuburan, Lemah rahim - keguguran berulang, Ketidakseimbangan hormon, Bengkak dan bisa otot peranakan, Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut, Kebas-kebas sendi, Mudah berasa seram sejuk, Demam yang tidak kebah, Kedinginan seks.



 














=======================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 
Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam

Apr 26, 2014

Apa itu Keguguran ?

Keguguran Ensiklopedia Perbidanan Melayu”, Oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang “angin gugur atau dikenali sebagai ‘angin jahat’. ‘Angin gugur’ yang menjadi pembawa ‘bisa keguguran’ akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh.

Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna. Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan jika rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.
Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Kalau dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan baadan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran. Tambahan pula, bagi yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal perawatannya.

Ilmu penjagaan tentang keguguran sekain ditelan zaman. Sesungguhnya ilmu tentang penjagaan keguguran dapat mempercepat proses pemulihan “penyakit melanuih keguguran” seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Penyakit melanuih ini juga menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut, pinggang, demam tidak kebah.

Credit


Tempoh pantang keguguran

- Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari
- Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari
- Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari
- Untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

Pantang Larang Keguguran
- Jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala.
- Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam, akan mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil.
- Tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.
-Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.
- Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.
- Turut ditegah mengambil ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.


Set Berpantang - Click Here
Segalannya tentang berpantang - Click Here
=======================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 
Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam

Apr 25, 2014

Rahsia Bawang Putih. -GarlicComplex

Semua orang kenal baik dengan bawang putih kan...Ye..selalu memang kita nampak bawang putih selalu ada kat dapur..Selain dari digunakan untuk masakan, bawang putih juga digunakan sebagai bahan perubatan traditional. Ingat lagi masa kecik2 dulu kalu kembung jer tengah malam mesti mak gigit2 bawang putih tu dan sapu ka perut dan telinga.

Khasiat dan kelebihan Bawang Putih

  • Adalah antibiotik yang semulajadi dan selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkam sistem imun badan dan menghalang penyakit berjangkit seperti selesema.
  • Membantu menghalang alergi seperti sinus dan asthma
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman.
  • Menurut kajian dengan pengambilan 2 – 4 tablet garlic dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Sebagai detoks kerana mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas.
  • Menurunkan kolestrol
  • Melindungi jantung
  • Menghalang strok dan penyakit kolonari
  • Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser – Nitrosamine.
  • Menstabilkan glukos dalam tubuh.

Keistimewaan Garlic Shaklee
  • Diperbuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik
  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif.
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary
  • Mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif baawang putih dan keberkesanannya.
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas bawang putih segar.
  • Mengandungi Spearmint untuk mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
==================================================

Mitos, fakta bawang putih 

Bawang putih merupakan bahan makanan yang ajaib ianya sarat dengan nutrien, vitamin, mineral dan bersifat antioksidan. Lebih daripada itu, ia merupakan bahan masakan rendah kalori selain rasanya yang tersendiri menambah keenakan banyak hidangan.

Fakta nutrisi di sebalik bawang putih. Seulas bawang putih mengandungi:
* 1.76 gm air
* 4 kalori
* 0.19 gm protein
* 0.1 gm serat
* 0.99 gm karbohidrat
* 0.03 gm gula
* 0.01 gm lemak
Bebas kolesterol atau lemak tepu.

Bawang putih juga mengandungi pelbagai mineral dan vitamin. Lebih menarik lagi jika diteliti fakta nutrisi, seulas bawang putih mengandungi 5 mg kalsium, 1 mg magnesium, 0.05 mg besi, 5 mg fosforus, 0.018 mg asid pantotenik, 0.037 mg vitamin B6 (pyridoxine) dan juga selenium. Malah, bagi setiap 100 gm bawang putih mengandungi 95 peratus B6, 52 peratus vitamin C, 21 peratus zat besi, 10 peratus zink, 18 peratus kalsium dan 26 peratus selenium.

Baca lagi : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0529&sec=Keluarga&pg=ke_06.htm

=======================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 

Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam


Apr 24, 2014

Asma Semput ..Telur..Anggur dan Kenduri Kahwin

Pada hujung tahun lepas kami sekeluarga pulang ke kampung halaman untuk meraikan perkahwinan adik bungsu saya. Disebabkan saya ni WAHM - Work at Home Mum jadi saya balik awal seminggu..kekonon nak tolong mak la...Kenduri yang bakal di buat pada hujung minggu tu, kenduri kecil-kecilan jer..kenduri minum petang....

Seronoknyalah anak saya Irdina bila dapat balik kampung.. dia kata nak tengok PakCik Bad kawin..Dalam kereta siap nyanyi ooo balik kampung ....heheh ;-)

Pada hari Khamis tu, walaupun kenduri rumah petang Ahad tapi adik beradik mak berkumpul merebus telur untuk di letakkan pada bunga pahar. Dalam sibuk2 orang buat kerja tu...Irdina pun buat kerja dia la..habis 5 biji telur dimakannya. Tak pernah pulak dia makan telur sebanyak tu. Lepas tu dia dah start batuk dan selsema sikit2.

Esoknya adalah majlis pernikahan Pakcik Bad hari Jumaat.  Malam tu Dina makan plak Si Anggur...Tapi tak nampak apa yang pelik pun. Pagi-pagi Sabtu tu, dari pukul 4 pagi dah start dengar bunyi pelik bila Irdina bernafas.. dah biasa Irdina macam ni...tapi bila bawak g klinik sekali nebulizer je dah ok.  Lepas amik nebulizer ni, satu jam lepaas tu tengok dia masih tak ok..Hantar lagi sekali pegi hospital amik nebulizer lagi. Sampai la kali ke empaat Irdina pon kena tahan la di ward.  Emm tak merasa la nak gi kenduri sebelah perempuan pun tak dapat join umah kami pun tak dapat join.

Doktor tak pasti masa tu Irdina ni kena Asma atau jangkitan kuman. Doktor syak jangkitan kuman pada mulanya. 

Actually Irdina ni memang ada Semput / Asma tapi boleh control lagi sebab dia kena pun jarang-jarang 2 bulan sekali. Mungkin sebab keturunan, mak sedara sebelah ayah dia ada beberapa orang yang kena Asma.

Ni dia Irdina yang sangat-sangat aktif walaupun Semput. Nurse dan Doktor pun tersenyum tengok si kecik semput yang aktif ni. 

Sebagai ibu saya kesian tengok anak saya kena Warded.. Tangan kena cucuk, nak bergerak pun susah..Beberapa jam sekali kena nebulizer dan makan ubat. Saya tak suka anak saya makan ubat... .
Gambar atas ni dah hari ke 2, tengok dia punya wayar tu dah cabut. Dulu bila nak nebulizer jer nangis..Punyalah banyak kali dah boleh pegang sendiri dah.

Owh lupa , masa ni Irdina masih lagi minum susu badan..Jadi saya ambil Nutriferon, Vitamin C untuk tingkatkan Imunisasi dengan harapan Irdina pun akan dapat Nutrisi dari susu yang dia minum dan juga B.Complex untuk saya lebih tenang dan bertenaga di hospital. Yeah, saya rasa bertenaga.

Hari Isnin, Irdina dah boleh keluar hospital, dia hanya semput jer tak ada jangkitan kuman pun Alhamdulillah...Start dari hari tu lah..setiap minggu saya pastikan secara konsisten bagi anak saya makan Suplemen iaitu Omega Guard untuk mengurangkan risiko masalah pernafasan dan Vita C Chewable Shaklee untuk imunisasi (kenkadang lupa gak). Alhamdulillah sampai sekarang demam pun tak ada.

 Gambar yang ni hari Isnin ..dah boleh keluar hospital dah...Ni kat tempat main dia...tak nak duk atas katil...Nak merayau jer dalam ward tu. Macam orang sihat jer.

Gambar di atas Irdina dengan ayah...Buku dan Color tu aunty Masytah yang bagi...TQ Aunty

Jom Kenali Asma/Semput/Asthma 
Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.``Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

``Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,'' katanya.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

``Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).

``Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,'' jelasnya.
Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

"Rumah yang ada anak mengalami asma tidak sesuai membela binatang peliharaan dan elak daripada menggunakan permaidani kerana ia mengumpul habuk .
"Diingatkan juga untuk menjemur tilam dan bantal di bawah matahari sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menghindari habuk, serta cadar ditukar setiap minggu," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130530/kn_01/Penyakit-lazim-kanak-kanak#ixzz2zhB97DXz
© Utusan Melayu (M) Bhd 




=======================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 
Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam

Apr 23, 2014

Projek Masker dengan ESP Shaklee

Dah lama rasanya nya tak bermasker ni...Yelah mood malas bila berbadan dua...hehe..nak salahkan berbadan dua plak...sebenarnya malas.

Actually dari dulu-dulu tak ada banyak sangat masalah kulit. Jerawat pun kadang-kadang je naik.. Tapi bila mengandung mungkin disebabkn hormon atau pembawakan masa tu jerawat penuh kat dahi ni...Baca di bawah copy paste dari BabyCenter kenapa jerawat tumbuh semasa hamil: 

" Bintik-bintik dan jerawat semasa hamil .Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat. Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal. Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk. " 


Bila keguguran ni..jerawat saya tak hilang sekali pulak..huhu...Jadi kena la merajinkan diri untuk bermasker hari ini selain mengambil suplemen untuk kulit.

Saya sharekan cara buat masker simple saya dengan menggunakan salah satu produk Shaklee iaitu ESP..ESP ni banyak kegunaannya nye ye..bukan untuk diet dan menyusukan jer..malah ia baik untuk kulit

Jom tengok resepi mudah saya ni..bancuh setengah sudu ESP dengan sedikit je air..Lepas tu tepek kt muka macam ni ha...biarkan kering selama setengah jam dan bilas dengan air bersih...Ulang setiap 2/3 hari.

Untuk kesan lebih baik add on Vitamin E Shaklee dan Yogurt --- gaul bersama ESP tadi.

Ha!! nampak tak jerawat-jerawat degil tu...tualah yang nak di hapuskan tu... ;-)


Emm...Segarnya rasa kulit muka setelah di masker ni...Tapi takder lah lepas masker terus hilang jerawat tu yer..ni adalah salah satu usaha bagi mendapatkan kulit yang sihat bersih dan berseri.Jom bebas jerawat.

Saya nak kulit cantik bukan nak tunjuk kat sesiapa tapi untuk kepuasan diri sendiri.


Jom tengok kebaikan Mengamalkan ESP untuk Kulit Anda 

➋ Non-GMO soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan

➋ ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat,
menggantikan sel kulit yang sudah mati
membaiki struktur kulit
membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.
menyokong pembentukan kolagen

Suplemen untuk Kulit Anda : Klik Sini

Anda juga boleh cuba resepi Masker ini :




=======================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 
Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam

Apr 20, 2014

Saya dan Vivix semasa Berpantang

Ni la Suplemen Kegemaranku...Senang dimakan..Satu sudu kecik jer sehari...Apa ni? Ni lah Vivix..Bukan Viviex Oberoi yer....Saya makan Vivix ni bersama Set Berpantang semasa berpantang gugur.. Hari ni dah hari ke 20 dan badan rasa semakin sihat Alhamdulillah...Pada pendapat saya berpantang gugur tak sama macam berpantang bersalin...Bila bersalin segala kesakitan hilang bersama-sama keluarnya baby dari rahim kita...Mak Bidan cakap memang sepatutnya kita lebih menjaga kesihatan lebih lebih lagi  keguguran...seolah olah buah yang tak masak tapi dah gugur. Mak Bidan cakap lagi belum masanya dia keluar ...tapi dah keluar...sebab tu la badan rasa tak sedap.

Masa mengandugkan anak pertama dan yang kali ni pun memang muka jadi buruk, mungkin pembawakan...dahi penuh dengan jerawat...Semasa anak pertama semua parut hilang sebelum bersalin lagi..Tapi kali ni, yelah keguguran kan...jadi parut-parut degil..jerawat masih setia kat muka...dah 20 hari ni jerawat dah makin pudar..eeemmm best lak rasanya..

Masa berpantang ni saya tak nak culas2 makan Suplemen lagi.... Nak betul-betul rasa sihat...Tunggu habis sebotol Vivix ni...Nak tunjuk perubahan kat muka pulak..Tunggu yerrrr....25 tahun lebih muda...tagline Vivix la ;-)

Selain untuk kulit Vivix juga baik dan elok di amalkan oleh ibu bersalin dan berpantang kerana ia membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan. 

Ok lah...nak masuk tidur dulu ..esok nak berurut sessi ke 2 pulak...Owh yer...Jangan lupa telan Ostematrix sebelum tidur yer....


Kehebatan Vivix

  1. Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.
  2. Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia. Setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan Vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.
  3. Vivix melambatkan pembentukkan AGE. Penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.
  4. Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel. Tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. Mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh.
"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Ia juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”

Resveratrol tu Apa?
- Antioksidan yg kuat
- Anti Inflamasi
- Anti Kanser

Vivix ? Click Here


=======================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 
Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam


Apr 18, 2014

Faedah Pengambilan Suplemen Kalsium Ketika Pantang

Kalsium adalah zat yang sangat penting bagi wanita dalam pantang untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukan.

Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil.

Suplemen kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.

Kalsium juga sangat penting memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan otot rahem untuk kembali ke saiz asal.

Bagi wanita yang menyusukan anak, mereka memerlukan sebanyak 1,000 mg hingga 1,500 mg dalam sehari.
Credit 


Saya mengesyorkan supaya anda add on Ostematrix Shaklee di dalam Set Berpantang anda.
=======================================================
Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 887383] Mobile:019-3854667 Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 
Penghantaran ke seluruh Malaysia / COD ke Seluruh Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah Alam, Sri Muda Shah Alam , Kota Kemuning Shah Alam

Apr 12, 2014

Selangor

>>WAKIL COD DI KAWASAN ANDA. Dapatkan vitamin semulajadi Shaklee anda hari ini!<<
Saya membuat penghantaran terus (COD) ke Seluruh Kawasan Shah Alam termasuk Seksyen 20, Seksyen 19, Seksyen 24, Seksyen 7, Uitm Shah Alam , Sri Muda dan Kota Kemuning . Untuk penghantaran ke tempat lain di seluruh Malaysia, saya menggunakan perkhidmatan Poslaju, GDEx atau City-Link.

Dan kami juga ada wakil COD berdekatan dengan tempat tinggal anda

Nama: Dahlia
No fone: 019-385 4667
SID No: 887383
Facebook: Dahlia Ayob
Fanpage : MakBunge's Shop
Area COD: Sekitar Seluruh Kawasan Shah Alam, Seksyen 20 , Seksyen 19, Seksyen 24, Seksyen 9, Seksyen 7, Uitm Shah Alam 

Nama: Hafiza
No fone: 014-508 0523
SID No: 910934
Facebook: Ija Hafilza
Fanpage : Fans of Infiniti
Area COD: Sekitar Seksyen 17, Seksyen 16, Seksyen 18, Seksyen15 Shah Alam ,Uitm Shah Alam dan Puncak Alam

Nama: Azlinda
No fone: 017-939 9084
SID No: 910938
Facebook: Azlinda Hashim
Blog: http://lot1801.blogspot.com/
Area COD: Sekitar Rawang, Bukit Beruntung, Perodua Rawang, Bukit Sentosa

Nama : Azlisya
No fone: 019-288 7441
SID No: 910933
Facebook: Azlisya Ismail
Area COD: Sekitar Seluruh Kawasan HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia)


Sila hubungi mereka yang berdekatan dengan kawasan rumah anda yee