Jan 9, 2014

Resdung ...Rawat Sebelum Parah

RESDUNG atau sinusitis adalah satu masalah lazim di seluruh dunia. Jika kita membuat ujian untuk penyakit resdung pada 10 orang, ujian tersebut mendapati lapan daripadanya mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak memerlukan rawatan.

Di Malaysia, dianggarkan 60 hingga 65 peratus penduduk mengalami masalah resdung.

Menurut perubatan moden, resdung adalah radangan yang berada di lapisan membran meliputi dinding ruang sinus. Punca keradangan sinus disebabkan jangkitan kuman atau virus, alergi atau masalah sistem imun badan seseorang.

Pesakit resdung menjadi lebih sensitif kepada bahan menyebabkan alahan seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutama cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus.

Penghidap resdung biasanya sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Ini banyak berlaku terutama pada waktu pagi.

Simptom

* Batuk hingga kerongkong dan anak tekak gatal.
* Telinga sering tersumbat.
* Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.
* Gatal mata apabila digaru, menjadi merah berair.
* Bersin melampau dan terlalu kerap.
* Simptom paling ketara apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak hingga sukar dihembus keluar. Akibatnya, suara penghidap menjadi sengau.

Individu berisiko

* Alah kepada habuk, bulu dan makanan menyebabkan hidung tersumbat.
* Mempunyai kelainan dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung bengkok.
* Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
hingga menyebabkan ruang sinus sempit.


Kesan

  • Resdung jika tidak dirawat dengan betul akan memberi kesan serius kepada penghidap sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.
  • Kanak-kanak
  • Antara akibat resdung kepada kanak-kanak ia boleh merebak ke dalam mata hingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Dalam kes sangat kronik, resdung boleh menyebabkan buta.
  • Dewasa
  • Resdung kronik boleh menyebabkan nanah bertakung dalam ruang sinus frontal. Jika nanah tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh dipenuhi bakteria.
  • Risikonya bakteria boleh memasuki otak dan menyebabkan jangkitan pada otak atau meningitis dan jika dibiarkan boleh membawa maut.

Cegah radang resdung

* Elak memelihara binatang berbulu.
* Jangan guna sarung bantal, cadar dan selimut diperbuat daripada bulu binatang.
* Bersihkan karpet atau permaidani dengan penyedut hampagas.
* Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah
* Minum banyak air suam atau mineral.
* Lap muka dengan tuala basah dan air suam
* Elak makan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang.

Artikel Penuh: http://ww3.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131110/ba_01/Resdung#ixzz2prDBLY2G
© Utusan Melayu (M) Bhd 

=================================================

Vitamin Shaklee yang membantu Masalah RESDUNG ialah: 

ALFALFA COMPLEX
- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.

B COMPLEX
- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati

- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C
- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.



=============================================================


Dapatkan Yang SELAMAT dan SEMULAJADI dari SHAKLEE…

Anda berminat? Hubungi saya Dahlia Ayob Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887383] 
Mobile:019-3854667 
Emel:dahlia_ayob@yahoo.com 

 Penghantaran terus/COD ke Sekitar Shah Alam, Seksyen 20, Seksyen 7, UiTM Shah. Penghantaran Ke Seluruh Malaysia
Share:
Post a Comment